Kerajaan negeri Kedah bersedia dan terbuka untuk menerima segala teguran daripada rakyat sekiranya terdapat kesalahan dalam pemerintahan Pakatan Harapan (PH) negeri ini demi kebaikan semua pihak, kata Mukhriz Mahathir
Kerajaan negeri Kedah bersedia dan terbuka untuk menerima segala teguran daripada rakyat sekiranya terdapat kesalahan dalam pemerintahan Pakatan Harapan (PH) negeri ini demi kebaikan semua pihak, kata Mukhriz Mahathir

Gesaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar jawatan Perdana Menteri dihadkan selama dua penggal selain diasingkan jawatan Menteri Kewangan merupakan satu lagi gimik politik.

Pengerusi Kelab Belia Marksman, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, ia gimik kerana Mukhriz dan bapanya, Tun Dr. Mahthir Mohamad sendiri tidak mengamalkan perkara itu semasa menjadi Menteri Besar Kedah dan Perdana Menteri.

“Kenyataan itu juga seakan menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Adakah Mukhriz menempelak bapanya yang mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri terlama dengan memegang jawatan itu selama 22 tahun.

“Jika asas jangka masa jawatan dijadikan sebab berlakunya penyelewengan bermakna Mukhriz perlu menasihat bapanya dahulu yang menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Mukhriz juga harus bertanya siapakah yang memulakan amalan Perdana Menteri juga menjawat jawatan Menteri Kewangan,” ujarnya di sini baru-baru ini.

Syed Mohd. Johan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar memberitahu, sekiranya Mukhriz jujur dan berniat baik mengapa beliau tidak membuat cadangan itu semasa menjadi Menteri Besar Kedah iaitu Menteri Besar hanya selama dua penggal.

“Mengapa tidak buktikan sekarang tindakan mengehadkan tempoh pegangan jawatan di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Jadikan satu dasar di dua negeri itu Menteri Besar di Selangor serta Kelantan dan Ketua Menteri Pulau Pinang hanya dua penggal,” ujarnya lagi.

Begitu juga kenyataan Mukhriz mengenai fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.

Secara spesifik, kata Syed Mohd. Johan, ruang lingkup kuasa SPRM kini telah melalui penambahbaikan dan jurisdikasi yang lebih jelas berbanding era Mahathir.

“Malah Menteri Besar dari UMNO sendiri sebagai contoh Dr. Khir Toyo telah didapati bersalah dan menjalankan hukuman.

“SPRM di era kini bukan sahaja bebas melaksanakan tugas mereka without fear and favour malah dapat bertindak dengan objektif tanpa takutkan campurtangan politik sepertimana di era Mahathir berkuasa,” katanya.

Jelasnya, cadangan yang diutarakan oleh Mukhriz itu bukan sahaja bersifat gimik politik malah sekadar satu cadangan bersifat gula-gula, tidak ikhlas serta cuba menarik perhatian rakyat semata mata.–MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast