Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini setelah Bank Negara Malaysia (BNM) campur tangan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM30.0 bilion daripada RM34.99 bilion sebelumnya manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM6.50 bilion daripada RM11.03 bilion.

Terdahulu, BNM mengendalikan tiga tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan satu tender repo.

Bank pusat turut mengendalikan satu tender pasaran wang konvensional sebanyak RM30.0 bilion dan satu tender pasaran wang Qard RM6.5 bilion, kedua-duanya wang sehari.

Kadar rujukan Islam semalaman pada 2.95 peratus, manakala kadar satu minggu, dua minggu dan tiga minggu, masing-masing pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.10 peratus.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast