Harga minyak meningkat dengan jangkaan bekalan minyak mentah yang ketat menjelang 2017 disebabkan oleh keputusan OPEC dan pengeluar-pengeluar lain untuk mengurangkan output bagi menekan harga.

Kontrak hadapan Brent yang merupakan penanda aras antarabangsa bagi harga minyak didagangkan pada AS$55.51 setong pada 0304 GMT, meningkat 30 sen atau 0.5 peratus berbanding dagangan akhir.

Kontrak hadapan minyak US West Texas Intermediate meningkat 38 sen atau 0.7 peratus pada AS$52.28 setong.

Peniaga berkata, harga minyak yang lebih tinggi dalam kontrak hadapan adalah disebabkan ramalan pasaran yang lebih ketat.

“Dengan para pelabur yang menjangkakan harga akan meningkat didorong oleh pengurangan pengeluaran, harga minyak akan disokong dengan kukuh.

“Kelembapan dolar Amerika juga turut membantu memperbaiki sentimen pelabur,” kata ANZ bank.

Dolar Amerika mencatatkan penurunan sebanyak 0.8 peratus berbanding sekumpulan matawang-matawang utama lain sejak mencatatkan rekod tertinggi 2002 minggu lalu.

Perubahan nilai dolar akan menjejaskan permintaan minyak kerana ia mempengaruhi harga bagi negara-negara yang menggunakan matawang tersebut secara domestik.- Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast