Mohamad Sabu

Nampaknya Parti Amanah Negara (PAN) tampil membela Mohd. Faiz Yusuf dan para peguam parti itu akan membelanya di mahkamah.

Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata, Mohd. Faiz yang didakwa menghina Yang Dipertuan Agong belum dibuktikan bersalah.

“Dalam isu Mohd Faiz, kita melihat komen dan tuduhan dilemparkan terhadap beliau di media-media sosial seolah-olah beliau telah bersalah sedangkan beliau belum diadili. Pada masa yang sama beliau juga telah menyatakan permohonan maaf diatas keterlanjuran tulisnnya itu.

“Jika Mohd. Faiz dihadapkan ke mahkamah, saya harap peguam-peguam dari Biro Undang-Undang PAN (KANUN) akan memainkan peranan dan pembelaan sebaiknya kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam Islam, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Kenyataan Mat Sabu itu sekaligus mengesahkan Mohd. Faiz ahli PAN walaupun Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd. Ithnin tidak mengenali anak muda itu.–MalaysiaGazette

 

http://malaysiagazette.com/blog/2016/12/19/pemuda-pan-dakwa-tidak-kenal-mohd-faiz/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast