Ahmad Fikry Azizi dipeluk oleh Ibunya, Nurazhana Badarudin selepas tersenarai dalam kalangan pelajar-pelajar yang mendapat semua gred A Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). foto SAFWAN MANSOR, 19 DISEMBER 2016.
Ratha Krishnan (kanan) kelihatan gembira sambil memeluk anaknya, Yaadhavan (kiri) selepas mendapat keputusan 10A bagi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 19 DISEMBER 2016
Ratha Krishnan (kanan) memeluk anaknya, Yaadhavan (kiri) yang mendapat gred 10A peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). foto SAFWAN MANSOR, 19 DISEMBER 2016

Disebalik ibu bapa yang masih dengan mentaliti lama, mendapat seberapa banyak gred A dalam peperiksaan, komitmen ibu yang mengenalpasti dan menangani kelemahan subjek teras tanpa meletakkan harapan tinggi adalah sasuatu yang bermakna bagi Ahmad Fikry Azizi, 15, dari Kuala Lumpur.

Fikry yang memperolehi 10A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) merupakan antara 14 pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kampung Pandan Kuala Lumpur.

Anak sulung dari lima beradik itu terharu apabila dia adalah antara pelajar cemerlang di sekolah tersebut dan menyifatkan pencapaiannya itu sesuatu tidak dijangka, selain menjadi kejutan kepada kedua ibubapa.

“Saya tak sangka boleh dapat 10 A walhal saya sasar 8A sahaja, khususnya kali ini. Bahasa Melayu memang susah dan begitu juga Sains, kalau mau cakap jujur, sukar jawab (Sains).

“Saya banyak merujuk buku di luar selain teks di sekolah sahaja dan memahaminya bukan menghafal selain tidak pernah lupa beribadah sembahyang lima waktu dan membaca al-Quran,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas pengumuman keputusan di di sini.

Bapanya, Azizi b. Zulkifli, 47, adalah pesara tentera manakala ibunya, Nurazhana Badaruddin, 42. ialah suri rumah menemani Ahmad Fikri untuk mengambil keputusan peperiksaannya.

Azizi berkata, beliau tidak memberi tekanan kepada anaknya itu tetapi meminta isterinya memantau dan menangani kelemahan subjek selain dilatih dengan bahan rujukan agak banyak.

“Isteri saya bijak mencari subjek lemah anak dan membantu menanganinya supaya dia tidak risau untuk menjawab soalan semasa peperiksaan dan kini kami menerima hasil kerja keras itu.

“Saya juga sentiasa mengingatkan dia (Ahmad Fikri) supaya tidak menghafal semasa mengulangkaji subjek peperiksaan,” ujarnya sambil menjelaskan anak sulung itu menjadi motivasi harapan keluarnya untuk berjaya dalam hidup.

Kini Ahmad Fikri bercadang untuk mengikuti jurusan sains di tingkatan empat di sekolah yang sama.

Walaupunpun pencapaian subjek Sains di sekolah itu merosot, Yaadhavan Ratha Krishnan, 15, yang melihat subjek itu dari perspektif yang lebih luas membolehkan pelajar itu mendapat gred A dalam mata pelajaran tersebut.

“Saya tidak fokus kepada buku teks, saya akan cari pengetahuan tambahan, kaitkan apa yang dipelajari di sekolah dengan persekitaran sains di luar. Misalnya partikel sains dengan pencemaran udara.

“Selain usaha diri, ajaran ibu bapa khususnya subjek Sains dan Matematik juga membantu saya mencapai keputusan yang diharapkan, kerana ikutkan sebenar saya selalu dapat B dalam Matematik dan juga BM.

“Apabila melihat kertas Sains, dah fikir kenapa susah sangat, tapi oleh kerana kebanyakan soalan itu saya pernah jawab, maka saya yakin akan dapat A,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Saranan ibunya supaya tidak menjadikan keputusan PT3 sebagai pengakhiran menjadi pedoman untuk saya mendekati peperiksaan ini dengan cara berbeza dan semangat ibu memberi pencapaian yang terbaik,” ujarnya ketika ditemui bersama kakaknya, R.Krisha. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast