Yaya Toure mahu kekal lama dan melakar sejarah bersama Manchester City dibawah bimbingan Pep Guardiola

Bintang tengah Manchester City Yaya Toure merancang untuk terus kekal di Etihad dan berazam mahu menjadikan kelab bimbingan Pep Guardiola itu lebih berkuasa dari jirannya, Manchester United (MU).

Guardiola mungkin akan memperbaharui kontrak pemain antarabangsa Ivory Coast yang akan tamat pada akhir musim ini.

“Saya datang ke kelab ini untuk melakar sejarah, saya nak kelab ini menjadi lebih besar daripada MU.

“Kami akan lihat apa pemikiran pengurus pasukan kami dan cara kerjanya, masih ada masa untuk mengenalinya (Pep Guardiola),” katanya.

Toure hanya membuat penampilan dalam empat perlawanan setakat ini dan The Citizens menang keempat-empat perlawanan itu.

Toure dipanggil semula selepas seorang lagi pemain tengahnya Ilkay Gundogan mengalami kecederaan ligamen dan tidak akan beraksi sepanjang musim ini.–The Sun.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast