Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita dengan insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Butterworth petang ini.

Dalam catatan di akaun Twitternya, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut meminta anggota keluarga mangsa yang terlibat agar bersabar menempuhi saat-saat yang menyedihkan itu.

“Saya amat berdukacita atas kemalangan pesawat TUDM dan kematian pilot (juruterbang) serta kecederaan. Semoga keluarga bersabar,” katanya.

Dalam kejadian pada 5.18 petang itu, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, menyebabkan juruterbangnya maut, manakala tiga yang lain cedera.

Sehingga kini, identiti kesemua mangsa yang terlibat masih belum disahkan.

Sumber polis berkata mayat juruterbang itu dan kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast