Uber Technologies Inc (UBER.UL) telah menghentikan operasi kenderaan pemanduan di San Francisco selepas pihak berkuasa California mendapati syarikat itu tidak mempunyai permit untuk menguji kenderaannya.

Jabatan Kenderaan Bermotor (DMV) California memansuhkan pendaftaran 16 kenderaan Uber yang bersaing dengan syarikat teksi dan kereta sewa.

Agensi itu menuntut Uber mematuhi peraturan yang memerlukan permit bagi menguji kenderaan di atas jalan raya.

Sebagai mempertahankan tindakannya, Uber mendakwa pihaknya tidak diwajibkan permit kerana kenderaan yang menggunakan aplikasi Uber hanya memerlukan pemantauan pemandu atau seseorang di dalam kereta.

“Kami kini sedang melihat di lokasi mana untuk melancarkan kenderaan Uber ini tetapi komited 100 peratus terhadap peraturan di California dan akan menggandakan usaha untuk membangunkan operasinya,” kata jurucakap Uber dalam satu kenyataan kepada Reuters.

California mentakrifkan kenderaan autonomi mempunyai keupayaan memandu ‘tanpa kawalan aktif fizikal atau pemantauan manusia sebenar,”.

Uber kini berdepan tindakan undang-undang dari DMV dan peguam negara negeri itu.

DMV memberitahu Uber ia boleh meneruskan program percubaan pemanduan persendirian dengan syarat mendapatkan permit sah.

Namun masih belum jelas lagi sama ada Uber akan memohon permit atau memindahkan operasinya ke negeri lain.

20 lagi syarikat yang menerajui kereta pemanduan sendiri termasuk Alphabet’s Google, Tesla Motors dan Ford Motor Co. telah memohon permit DMV untuk menguji 130 kenderaannya.

Uber memulakan program kereta pemanduan sendiri di San Francisco pada 14 Disember lalu. Ia telah memperkenalkan kereta pemanduan sendiri pada September di Pittsburgh. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast