Home Dunia Tiada tanda-tanda penumpang TU-154 selamat

Tiada tanda-tanda penumpang TU-154 selamat

Pasukan keselamatan Rusia melancarkan operasi mencari mangsa-mangsa pesawat TU-154 di Laut Hitam. Foto Agensi

Kesemua 92 orang dalam pesawat tentera Rusia dikhuatiri mati selepas ia terhempas di Laut Hitam.

Pesawat itu hilang dari radar dua minit selepas berlepas dari Sochi di 05:25 (02:25 GMT), menuju ke Latakia di Syria, kata kementerian pertahanan.

Serpihan dan 11 mayat telah ditemui, dengan tiada laporan mangsa yang terselamat.

Serpihan TU-154 itu ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari Laut Hitam pada kedalaman 50 hingga 70 meter.

Pesawat TU-154 yang membawa tentera, wartawan dan 64 anggota kumpulan muzik terkenal Alexandrov untuk acara sambutan Hari Krismas tentera.

Lebih daripada 100 penyelam terlibat dalam operasi lokasi tapak kemalangan itu, Kementerian Pertahanan Rusia.

Menteri Pengangkutan Rusia berkata, penyiasat sedang menyiasat keseluruhan spektrum punca kemalangan itu berlaku, termasuk kemungkinan serangan keganasan.

Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan berkabung pada hari Isnin.

Pesawat itu berlepas dari Moscow dan mendarat di Lapangan Terbang Adler di Sochi untuk mengisi minyak.

Rakaman audio yang menjadi perbualan akhir antara pengawal trafik udara dan pesawat mendedahkan tiada tanda-tanda apa-apa kesulitan yang dihadapi oleh anak-anak kapal.

Keadaan kawasan penerbangan juga baik. Situasai dalam pesawat juga bertenang sehingga pesawat hilang.

Gen Konashenkov berkata, kali terakhir pesawat itu digunakan pada bulan September dan telah menjalani pembaikan besar pada Disember 2014. Ia mempunyai seorang juruterbang berpengalaman.

TU-154 atau Tupolev 154 adalah tulang belakang kepada penerbangan Soviet dan Rusia sejak berdekad, mempunyai tiga engin, badan tirus.

Direka pada tahun 1960an dan digunakan pada tahun 1972 dan ditambah baik dengan enjin dan peralatan baru pada tahun 1986.

Pesawat ini pernah terlibat dalam 39 kemalangan maut disebabkan masalah teknikal yang berpunca daripada cuaca dan sistem lemah daripada kawalan trafik udara.

Setakat ini kira-kira 50 pesawat seumpama itu digunakan di seluruh dunia.
2010. Only about 50 in service worldwide
Pada April 2010, sebuah pesawat Tu-154 terhempas di Smolensk, barat Rusia, membunuh semua 96 orang di atas kapal, termasuk Presiden Poland, Lech Kaczynski.

Pesawat Tu-154, yang dikendalikan oleh Siberia Airlines, ditembak jatuh di Laut Hitam pada bulan Oktober 2001, membunuh 78 orang ketika dalam perjalanan dari Tel Aviv di Israel ke Novosibirsk di Rusia, dan kebanyakan penumpang adalah Israel.

Tentera Ukraine pada mulanya menafikan penglibatan tetapi pegawai-pegawai kemudian mengakui pesawat itu mungkin sengaja ditembak semasa latihan. – MalaysiaGazette