Home Dunia Tidak puas hati undi PBB, Netanyahu panggil duta AS

Tidak puas hati undi PBB, Netanyahu panggil duta AS

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memanggil Duta Amerika Syarikat, Daniel Shapiro dua hari selepas Washington berkecuali dalam undi pada resolusi PBB terhadap penempatan Israel.

Pertemuan itu berlangsung selepas Israel memanggil 10 wakil daripada 14 negara yang mengundi untuk resolusi tersebut.

Sumber rasmi Israel mengesahkan perjumpaan Netanyahu dan Shapiro tanpa menjelaskan kandungan atau hasil perbincangan mereka.

Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi itu pada Jumaat lalu selepas Amerika Syarikat mengundi untuk berkecuali, membolehkan penerimaan resolusi yang pertama sejak 1979.

Resolusi itu menuntut Israel dengan segera menghentikan semua aktiviti penempatan di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk di Jerusalem timur.

Resolusi itu berkata, penempatan itu tidak sah di sisi undang-undang” dan berbahaya dalam usaha penyelesaian dua negara.

Netanyahu, yang juga Menteri Luar, telah menolak resolusi itu yang dianggap sebagai “tamparan memalukan terhadap Israel”.

Pada hari Ahad, dia mengulangi dakwaan Israel bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Negara John Kerry berada sebalik resolusi itu.

“Kami tidak ragu-ragu bahawa pentadbiran Obama berada di belakang resolusi ini, menyelaraskan draf dan menuntutnya untuk diluluskan,” kata Netanyahu.

Menurutnya, ia bertentangan dengan dasar tradisional Amerika yang tidak cuba untuk mengenakan syarat-syarat memuktamadkan resolusi dan sudah tentu komitmen yang jelas daripada Presiden Obama sendiri pada tahun 2011 untuk mengelakkan langkah itu.

Laman web akhbar Haaretz berkata, tindakan Israelmemanggil duta Amerika telah “dianggap sebagai langkah yang paling luar biasa”.

“Malah lebih luar biasa apabila wakil dipanggil pada hari Ahad di Kementerian Luar, Netanyahu mengadakan pertemuan itu pejabatnya,” katanya.

Dengan memutuskan untuk tidak veto, Washington telah mengambil langkah yang jarang berlaku dan menimbulkan kemarahan Israel, yang menuduh Obama meninggalkan sekutu Timur Tengah yang paling dekat ketika pentadbirannya semakin merosot. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast