Home Dunia Anis Amri tembak kepala pemandu trak

Anis Amri tembak kepala pemandu trak

Gambar terakhir Lukasz Urban sebelum diserang Anis Amri. Foto Agensi

BERLIN – Pemandu warga Poland, Lukasz Urban ditembak di kepala sebelum Anis Amri merempuh lori lelaki itu ke arah orang ramai di pasar Krismas, Berlin.

Dua belas orang termasuk Urban meninggal dunia dalam serangan pada 19 Disember lalu.

Urban ditikam ketika cuba menghalang Amri. Tetapi doktor telah memutuskan bahawa dia berada dalam keadaan sedar, kata akhbar Bild.

Kesimpulan bedah siasat mendapati Urban telah ditembak di kepala di antara 16:30 (15:30 GMT) dan 17:30 dan kehilangan banyak darah, menurut laporan bedah siasat.

Majikan dan sepupunya mendakwa telah terputus hubungan dengan dia pada kira-kira 16:00.

Serangan di pasar Krismas, dekat Breitscheidplatz berlaku hanya selepas jam 20:00 dan dia mungkin masih hidup pada masa berada di tempat duduk penumpang walaupun tidak mampu memegang stereng, menurut laporan Bild.

Urban, 37, telah meletakkan lori 40 tan di Berlin sementara menunggu untuk memunggah muatan keluli yang dibawa pada hari berikutnya. – MalaysiaGazette