Home Ekonomi China tumpas transaksi haram AS$2.7b

China tumpas transaksi haram AS$2.7b

China memperhebatkan siasatan terhadap pemindahan mata wang yuan merentas sempadan. Foto CNBC

Pihak berkuasa pertukaran asing China berjaya menumpaskan transaksi haram berjumlah AS$2.7 bilion di Shanghai pada tahun ini.

Ia juga menggantung tiga bank.

Pentadbiran Negeri Bagi Pertukaran Asing (SAFE) tidak menamakan tiga bank itu atau mengatakan sama ada penggantungan telah ditarik balik.

Tetapi kenyataan yang disiarkan di laman webnya berkata, SAFE akan memperhebatkan tindakan keras ke atas pemindahan wang merentasi sempadan haram dan pesalah akan menerima hukuman keras.

SAFE berkata, hukuman berat juga dikenakan kepada syarikat yang terlibat memalsukan dagangan untuk membuat pemindahan rentas sempadan secara haram.

Mata wang yuan secara bebas di bawah akaun semasa, tetapi Beijing telah meningkatkan langkah-langkah untuk membantu membendung aliran keluar modal untuk meringankan tekanan susut nilai selepas mata wang itu menjunam pada paras terendah dalam lebih daripada lapan tahun. – MalaysiaGazette