Home Ekonomi Harga minyak merosot menjelang 1 Januari 2017

Harga minyak merosot menjelang 1 Januari 2017

Harga minyak susut pada awal dagangan Asia hari ini kerana pasaran menunggu untuk melihat bagaimana OPEC dan bukan ahli OPEC melaksanakan perjanjian pengurangan bekalan minyak yang dirancang mulai 1 Januari ini.

Niada hadapan West Texas Intermediate (WTI) turun kepada AS$53.77 pada 0021 GMT selepas dagangan berakhir AS$53.90 setong pada sesi sebelumnya.

Harga WTI telah meningkat 25 peratus sejak pertengahan November.

Niaga hadapan minyak mentah Brent masih belum didagangankan selepas ditutup lebih tinggi pada AS$56.09 setong.

Dagangan dijangka kecil pada minggu ini menjelang cuti tahun baru.

Pasaran sedang tunggu dan lihat permulaan rasmi perjanjian OPEC dan ahli bukan OPEC dalam usaha mengurangkan lebihan bekalan untuk merangsang semula harga minyak.

OPEC dan bukan OPEC pengeluar dijangka mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari dengan Arab Saudi, pengeluar terbesar OPEC, bersetuju untuk menanggung bahagian pengeluaran yang lebih besar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast