SEOUL – Bank pusat Korea merancang untuk mengekalkan dasar monetari akomodatif tahun depan bagi menyokong pemulihan ekonomi dan mendokong inflasi untuk mencapai sasaran bank sebanyak dua peratus.

Dalam rancangan tahunan bagi hala tuju dasarnya, Bank of Korea (BoK) berkata, ia melihat jurang output berterusan sepanjang tahun hadapan kerana ekonomi kekurangan momentum untuk mencapai kapasiti penuh.

Jurang output mengukur output sebenar ekonomi berbanding potensi output.

BoK berkata, tiada had sejauh mana dasar monetari itu sendiri boleh mencapai kestabilan kewangan kerana dasar berhemah makro seharusnya digunakan bersama dengan langkah-langkah monetari untuk mengekang ketidakseimbangan.

Pertumbuhan penggunaan dan pelaburan dalam sektor pembinaan dilihat perlahan tahun hadapan sementara pelaburan modal dan eksport dijangka melantun, kata bank pusat tersebut.

Tambahnya, ekonomi menghadapi risiko disebabkan ketidaktsbilan politik sambil merujuk kepada penyiasatan berterusan skandal yang melibatkan Presiden Park Geun-hye.

Sementara itu, pinjaman isi rumah dijangka meningkat dalam tempoh yang singkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Inflasi akan terus meningkat menghampiri saran bank pusat sementara harga minyak global tidak stabil sama seperti tukaran wang asing.

Menyentuh mengenai ketidaktentuan tukaran asing, BoK berkata, ia akan mencari langkah untuk mengurangkan kejutan sementara pasaran kewangan sekiranya ia berlaku tanpa diduga.

Bank pusat itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai langkah berkenaan.- Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast