FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara tiga ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dilantik.

Dua lagi dilantik adalah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Tempoh pelantikan mereka bermula 25 April 2025 sehingga 25 April 2028.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan surat pelantikan dan turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Kredit FB Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar dalam kenyataannya, JKMR berperanan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM.

“Pelantikan ahli JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast