Pasukan penyelamat Rusia telah menemui kotak hitam kedua dari pesawat tentera yang terhempas pada hujung minggu lalu, kata pihak berkuasa.
“Perakam kedua pesawat telah ditemui dan dikeluarkan dari dasar laut,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan kepada agensi berita Rusia.
Penemuan kotak hitam itu sehari selepas pasukan penyelamat mendapati perakam utama yang akan membantu memberikan petunjuk penting punca nahas yang mengorbankan 92 orang penumpang.
Siasatan sedang menjurus kepada empat punca: kesilapan juruterbang, kegagalan teknikal, bahan api rosak dan objek asing di dalam enjin.
Agensi itu berkata, setakat ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan keganasan di belakang kemalangan itu, tetapi tidak menolak kemungkinan. – MalaysiaGazette