Home Ekonomi Operasi pusat hab Honda ganti pengepam beg udara sehingga esok

Operasi pusat hab Honda ganti pengepam beg udara sehingga esok

Penggantian beg udara pemandu dan penumpang kereta Honda boleh dibuat di wakil yang sah selepas 31 Disember ini.

Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengumumkan tiga pusat hab penyelenggarannya bagi penggantian beg udara hadapan inflator Takata beroperasi sehingga esok.

“Operasi di ketiga-tiga pusat hab di utara, tengah dan selatan setakat 31 Disember,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas itu, operasi penggantian dibuat di mana-mana wakil Honda yang sah.

Honda Malaysia berkata, bagi meneruskan komitmen terhadap keselamatan pelangan, syarikat itu akan menyediakan lebih banyak lokasi untuk penggantian beg udara depan inflator bermula bulan depan hingga Mac 2017.

Setakat 28 Disember lalu, sebanyak 71 peratus beg udara telah digantikan.

“Ketersediaan bagi pengepam beg udara Takata penumpang hadapan adalah hampir 70 peratus pada akhir bulan Disember 2016,” kata Honda Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast