Presiden Rusia Vladimir Putin akan mengeluarkan kenyataan berhubung pengusiran diplomat Rusia oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dari negara itu semalam.

Jurucakap Putin, Dmitry Peskov berkata, pemimpin itu akan mengarahkan seseorang untuk melakukan tindak balas ke atas tindakan Amerika Syarikat (AS), termasuk pengusiran 35 diplomat mereka.

Pescov berpendapat tindakan Obama ke atas Rusia hanya akan menjejaskan hubungan antara Moscow dan Washington.

Pada sidang media, Pescov berkata, Moscow ragu-ragu dengan keberkesanan langkah itu memandangkan tempoh pentadbiran Obama berbaki tiga minggu sahaja.

Selain pengusiran itu, Washington juga menutup dua kawasan yang digunakan Rusia untuk tujuan perisikan iaitu Maryland dan New York.

Amerika Syarikat semalam mengusir 35 diplomat Rusia sebagai hukuman kerana didakwa campur tangan dalam pilihanraya presiden pada November lepas.

Kesemua mereka diberikan masa 72 jam untuk meninggalkan AS.

Rusia telah menafikan pembabitan itu dan menyifatkan keputusan Obama tidak ada justifikasi.- Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast