Volkswagen Golf mengatasi jualan Volvo pada tahun lalu.

SWEDEN – Buat kali pertama pada tahun lalu selepas lebih daripada setengah abad Volvo bukan lagi menjadi jualan kereta terbaik di Sweden.

Kedudukan itu dirampas oleh Volkswagen Golf, menurut persatuan pembuat kereta Sweden.

Volkswagen Golf menyaksikan peningkatan jualan 5.9 peratus kereta baharu, manakala jualan Volvo jatuh 5.7 peratus bagi tiga model.

Kali terakhir Volvo tidak berada di tempat teratas jualan adalah pada tahun 1962 apabila Volkswagen Beetle mengambil kedudukan itu.

Meskipun, perniagaan Volvo dimiliki oleh Zhejiang Geely Holding Group, tetapi jenama itu masih dilihat sebagai jenama ikonik Sweden.

Malah, ia masih menguasai pasaran terbesar dalam keseluruhan pasaran kereta negara itu dengan penguasaan 21.5 peratus di atas jalan berbanding 15.7 peratus oleh Volkswagen.

Persatuan itu berkata, jualan kereta baru pada tahun 2016 merekodkan 372,000 pendaftaranm, naik 8.0 peratus berbanding 2015 dipacu oleh ekonomi kukuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast