Apple Inc (AAPL.O) di Manhattan, Amerika Syarikat. Foto: Reuters

Apple Inc (Apple) terpaksa mengeluarkan aplikasi media The New York Times Co’s dari setor aplikasinya di China.

Tindakan itu dibuat selepas syarikat gergasi pengeluar terkemuka telefon pintar itu menerima permintaan berkenaan daripada pihak berkuasa China.

Apple telah mengeluarkan kedua-dua aplikasi dalam Inggeris dan bahasa Cina daripada setor iTunes daripada telefon pintar di pasaran China pada 23 Disember lalu, menurut laporan New York Times.

“Permintaan pihak berkuasa kerajaan China untuk menyekat dan memadam aplikasi adalah usaha mengelak pembaca di negara kuasa besar Asia itu daripada mengakses liputan berita secara meluas oleh The New York Times.

“Kami sudah meminta Apple untuk mempertimbangkan semula keputusannya,” kata jurucakap Apple, Fred Sainz.

Kerajaan China mula menyekat laman web The Times pada tahun 2012, selepas beberapa siri berita menyentuh tentang kekayaan keluarga Wen Jiabao, perdana menteri ketika itu.

“Kami dimaklumkan bahawa aplikasi itu melanggar peraturan tempatan di China,” kata jurucakap Apple Fred Sainz kepada Reuters.

Aplikasi daripada percetakan antarabangsa yang lain termasuk Financial Times dan The Wall Street Journal masih dikekalkan dalam aplikasi Apple. – MalaysiaGazette