Home Ekonomi Takaful Ikhlas tawar perlindungan kematian, hilang upaya kekal

Takaful Ikhlas tawar perlindungan kematian, hilang upaya kekal

KUALA LUMPUR – Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) melancarkan Ikhlas Basic Term Takaful yang memberi perlindungan terhadap kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).

Produk takaful bertempoh itu menawarkan dua kali ganda manfaat takaful akan dibayar daripada jumlah perlindungan asal sekira berlaku kematian atau HUMK disebabkan kemalangan.

Produk ini menawarkan lima jenis pelan yang menawarkan manfaat takaful yang berbeza, selain menawarkan jumlah pampasan sehingga RM300,000 untuk manfaat kematian atau HUKM akibat kemalangan dengan jumlah sumbangan serendah RM64.00 sebulan, sekiranya menepati terma dan syarat yang ditetapkan.

Manakala manfaat kematian atau HUKM akibat semulajadi adalah sehingga RM150,000.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Ab Latiff Abu Bakar, produk ini merupakan yang pertama menawarkan manfaat tambahan terhadap kematian akibat denggi, yang mana tambahan 50 peratus amaun perlindungan akan dibayar kepada penama atau waris terdekat pencarum.

Amaun perlindungan yang boleh dituntut adalah sehingga RM225,000 (berdasarkan pelan pilihan lima) untuk kematian akibat wabak yang semakin menular di negara ini.

Ikhlas Basic Term Takaful memberikan jaminan pembaharuan langganan tanpa pengunderaitan semula. Produk ini merupakan produk Takaful Keluarga keluaran Takaful Ikhlas yang pertama tanpa caj komisen.

Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk melanggan produk ini adalah bergantung kepada, umur, tempoh pilihan, status merokok, jantina dan amaun perlindungan yang dipohon. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast