Urus niaga kad sudah boleh digunakan di lebih 800 stesen Shell hari ini.

KUALA LUMPURĀ  – Lebih 800 stesen minyak Shell di seluruh negara sudah kembali beroperasi semula seperti biasa mulai pagi ini, selepas mengalami masalah teknikal dalam urus niaga kad kredit semalam.

Dalam kenyataan di sini, Shell Malaysia berkata, syarikat itu masih berusaha menyelesaikan masalah tersebut.

Semua stesen minyak Shell di seluruh negara tidak dapat beroperasi sejak pukul 12 malam kelmarin disebabkan kegagalan sistem.

Bagaimanapun, urus niaga tunai boleh diterima. – MalaysiaGazette