KUALA LUMPUR – Beberapa hari lalu, aktres popular Lindsay Lohan muncul menarik perhatian umum ekoran tindakannya memadamkan semua foto di akaun sosial Instagram malah mengubah profilnya dengan menulis sapaan dalam bahasa Arab.

Lantas banyak pihak membuat spekualsi bintang kontroversi ini sudah bergelar mualaf.

Khabar tersebut seakan benar apabila Lindsay dilaporkan kini telah menetap di Dubai dan mempelajari bahasa Arab.

Tak hanya itu, selama ini pun pelakon filem Mean Girls itu kerap memuat naik foto-foto di Instagram dengan potongan ayat-ayat Al-Quran membayangkan seolah-olah beliau sedang mendalami agama Islam.

Bahkan paparazi pernah merakamkan foto Lindsay berjalan sambil dilihat membawa Al-Quran.

pix lindsay

Laporan media antarabangsa Gossip Cop memberitahu, ibu Lindsay iaitu Dina Lohan, mengesahkan bahwa anaknya kini sedang berusaha menjauhkan diri daripada media sosial.

Namun menurut seorang lagi ahli keluarganya, pelakon berusia 30 tahun itu tidak bertukar agama.

“Lindsay belum memeluk agama Islam,” tegas salah seorang anggota keluarga Lindsay.

Terdahulu, pihak pengurusan Lindsay membuat kenyataan bahwa artisnya itu sedang berusaha untuk memperbaiki diri. Dia bakal muncul dengan beberapa projek baharu tahun ini.

“Kami sebagai pengurusan Lindsay, sangat bahagia dan tidak sabar untuk melihat reaksi anda semua di tahun 2017, kerana kami punya projek besar yang akan melibatkan beliau ,” ujar pengurus Lindsay, Scott Carlsen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast