KUALA LUMPUR – Gara-gara iklan terbaharu syarikat pengeluar jenama susu pekat, Dairy Champ, wajah  pengasas syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida kini menjadi bualan.

Turut diperkatakan penyanyi hebat Datuk David Arumugam apabila wajah mereka terpampang di papan iklan di lebuh raya di Kuala Lumpur.

Mereka berdua merupakan wajah bagi kempen terbaharu susu pekat jenama itu.

Yang menarik, idea iklan itu dianggap kreatif kerana penyampaian iklannya yang menarik perhatian.

Gambar Dr. Vida telah diubah suai menjad air batu campur  (ABC) seperti wajahnya memakai crown.

pix arumugam

Sementara wajah David pula memaparkan buih air teh tarik di gelas tersebut kelihatan seperti rambutnya yang menjadi trademark beliau bersama kumpulan Alleycats. – MalaysiaGazette