VALENCIA – Lima lelaki dan dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam rompakan berlian bernilai 75 juta euro (AS$80 juta) di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam pada tahun 2005.
Mereka terdiri daripada tujuh warga Belanda di Amsterdam dan Valencia di Sepanyol.
Geng bersenjata itu didakwa mencuri berlian tersebut selepasĀ menyamar sebagai pekerja lapangan terbang yang berpura-pura untuk meletakkan berlian tersebut di dalam kapal terbang.
Beberapa berlian telah ditemui daripada sebuah kereta yang digunakan untuk percutian tetapi berlian bernilai 40 juta euro masih hilang.
Media sebelum ini melaporkan kecurian itu merupakan satu daripada rompakan barang kemas terbesar di dunia.
Berlian dan barang kemas lain telah dicuri di kawasan paling tinggi keselamatan di lapangan terbang itu selepas pencuri memasiki kereta perisai KLM.
Tujuh ditahan dalam serbuan pada hari Jumaat dan Sabtu lalu kerana disyaki merompak dan pengubahan wang haram.
Ketika kejadian, permata tersebut akan diterbangkan ke Antwerp, Eropah. – MalaysiaGazette