Tunku Mahkota Ismail bertitah sebelum persidangan DUN ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri,  hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Tunku Mahkota Ismail menekankan kepentingan Johor ditadbir pegawai tadbir yang memiliki standard serta kemahiran profesional yang tinggi.

Pemangku Sultan Johor itu bertitah, Johor sedang berkembang pesat dan adalah wajar untuk mempertingkatkan kualiti dan standard Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS).

Mereka, titah baginda, sebagai tulang belakang tadbir urus kerajaan dalam menggubal dasar juga harus membantu pelbagai pelaksanaan inisiatif rakyat serta menjadi jambatan antara kerajaan negeri dengan Bangsa Johor.

Justeru titah Tunku Mahkota Ismail, mereka perlu dilengkapkan dengan ilmu global dan kemahiran kepimpinan yang sejajar dengan keperluan masa kini.

“Sebagai langkah permulaan, kerajaan negeri melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim telah mengambil inisiatif menaja pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam Johor untuk mengikuti kursus pembangunan profesional bertaraf dunia di institusi Pendidikan antarabangsa, termasuk universiti dalam kelompok Ivy League di Amerika Syarikat,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian semasa merasmikan pembukaan penggal persidangan DUN yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, baginda mengingatkan agar keutamaan perlu diberikan terhadap usaha untuk memastikan semua Bangsa Johor mempunyai makanan yang cukup, pendapatan minima dan keperluan asas.

“Saya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri berjaya membantu 4,378 ketua isi rumah miskin tergelar bagi fasa pertama dan pada 31 Julai 20204.

‘Jumlah miskin tegar fasa kedua iaitu 234 Ketua isi rumah telah berjaya disifarkan pada 29 April 2025,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan kerjasama kerajaan Persekutuan bagi memastikan usaha sifar miskin tegar bagi memastikan miskin tegar di Johor menjadi kenyataan,” titah baginda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast