Sergio Romero (kiri) dan David de Gea di Old Trafford

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan penjaga gol, David de Gea dan Sergio Romero bukan untuk dijual.

Mourinho mengingatkan kedua-dua pemain itu supaya melupakan hasrat untuk meninggalkan kelab tersebut kerana dia tidak berniat untuk melepaskan mereka dengan tawaran lumayan.

De Gea dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sejak dua musim lalu manakala Romero pula dikhabarkan sedang diintai Boca Juniors.

“Saya tidak boleh mendapatkan penjaga gol terbaik selain de Gea dan tidak boleh mencari pengganti yang paling berkaliber selain Romero.

“Andai khabar angin mengaitkan Romero dengan Boca Juniors benar, saya akan mematahkan segala usaha mereka mendapatkan Romero dalam apa jua keadaan sekali pun, kerana saya mahu dia kekal dengan Red Devils,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast