Lionel Messi. foto: Associates Press

BARCELONA – Pengarah Barcelona, Pere Gratacos dipecat berkuatkuasa serta merta berikutan tindakannya mengecam penyerang kelab itu, Lionel Messi.

Gratacos didakwa mengkritik sikap Messi yang masih belum membuka perbincangan untuk memperbaharui kontraknya di Nou Camp beberapa hari lalu, lapor The Sun.

Ini bukan kali pertama Messi dikritik oleh pengarah kelab tersebut.

Dalam kritikan terbaharu, Gratacos berkata: “Tanpa bantuan rakan sepasukannya, Andres Iniesta, Neymar, Gerard Pique dan yang lain Messi tidak akan menjadi pemain terbaik di Eropah.

Kritikan itu didakwa menyebabkan Messi masih belum menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast