Nilai dolar jatuh selepas Donald Trump gagal membentangkan rancangan beliau untuk merangsang pertumbuhan pada hari pertama di White House di samping kebimbangan pelabur terhadap ‘protectionism’.

Nilai besi dan saham-saham Asia di luar Jepun pula meningkat.

Matawang Amerika jatuh berbanding rakan-rakan utamanya yang lain manakala emas pula menokok kepada peningkatan selama empat minggu.

Indeks Topix Jepun, rugi 1.1 peratus dalam pengukuhan yen berikutan peniaga Asia memberikan reaksi buat kali pertama kepada perlantikan Dinal Trump.

Ekuiti China meningkat dan tembaga menokok lebih tinggi berbanding besi-besi industri yang lain.

“Pasaran ketika ini menanti lebih banyak bukti berhubung rangsangan fiskal dan diregulasi oleh Trump.

“Saham kekal tidak menentu sehingga pembetulan seterusnya atau konsolidasi dalam tempoh sebulan akan datang atau mungkin lebih daripada itu,” kata pakar strategi pelaburan global, AMP Capital Investors Ltd. yang berpangkalan di Sydney, Shane Oliver.- Bloomberg