Home Ekonomi Hong Kong tawar kediaman paling mahal

Hong Kong tawar kediaman paling mahal

Harga sewa rumah flat di Hong Kong dengan keluasan 60 kaki persegi berharga AS$347 sebulan. Foto Reuters

KUALA LUMPUR – Hong Kong mengekalkan kedudukannya dalam pasaran perumahan paling mahal dalam kalangan 406 bandar metropolitan di sembilan buah negara.

Negara-negara itu ialah Australia, Kanada, Hong Kong, Ireland, Jepan, New Zealand, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat menggunakan data daripada suku ketiga tahun lalu.
.
Tempat kedua dan tiga dalam pasaran yang paling tidak mampu dimiliki itu ialah Sydney (12.2) dan Vancouver (11.8), menurut 13th Annual Demographia International Housing Affordability Survey: 2017

Hong Kong berada pada kedudukan pertama dalam kategori itu sejak tujuh lalu semasa kali pertama dalam senarai tinjauan tersebut.

Rumah flat lebih kecil daripada 100 kaki persegi disewa pada harga AS$385.

Demographia International Housing Affordability Survey bagi tahun ketujuh menunjukkan median harga kediaman di Hong Kong pada tahun 2016 18.1 kali dalam pra-cukai pendapatan isi rumah tahunan.

Bagaimanapun, median yang direkodkan itu rendah sedikit berbanding 19 kali pada tahun 2015.

Pasaran kediaman dalam laporan itu menggunakan prinsip skor ‘median pelbagai’  yang mengambil median harga rumah dibahagikan dengan pendapatan isi rumah median tahunan kasar untuk mengira kemampuan.

Kaedah ini disyorkan oleh Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sebanyak 10 pasaran menduduki kedudukan 10 ke atas iaitu San Jose (9.6), Honolulu (9.4) serta Bournemouth dan Dorset di United Kingdom (8.9).

Harga rumah di Los Angeles (9.3) naik bersamaan 14 bulan pendapatan isi rumah dalam tempoh 12 bulan, menurut laporan itu.

Pada tahun ini, semua tetapi tujuh daripada 54 pasaran dalam tinjauan itu dikategorikan dalam ‘tidak mampu milik yang serius atau tidak mampu milik yang teruk’.

Harga rumah di Australia – di semua pasaran utama kecuali Sydney naik mendadak sejak tahun 1980an.

Amerika Syarikat masih lagi menjadi pasaran perumahan paling mampu milik, kedudukan yang dipertahankan sejak empat tahun.

Lokasi yang kurang mahal untuk didiami di Amerika Syarikat ialah di Racine, Wisconsin dan Bay City, in Michigan, masing-masing dengan skor 1.8 dan 1.9.

Jepun dan United Kingdom pula berada pada tempat kedua dan ketiga negara yang berada dalam pasaran rumah paling mampu dimiliki. – MalaysiaGazette