PARIS – Bekas pemain Manchester United , Patrice Evra dipinjamkan oleh Juventus ke pasukan Ligue 1, Olympique Marseille selama 18 bulan pada perpindahan musim sejuk ini.

Evra berkemungkinan tidak akan dilanjutkan kontrak bersama The Old Lady.

Sebelum ini, pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan mahu kembali ke United, sekali gus menamatkan kariernya di Old Trafford.

Pemain antarabangsa Perancis itu meninggalkan Red Devils pada 2014 untuk menyertai Juventes dan memenangi lima trofi sepanjang bersama kelab Itali tersebut.

Namun sahabatnya, Rio Ferdinand mencetuskan spekulasi pada apabila melaporkan Evra sedia kembali menyertai United. – MalaysiaGazette