Anthony Martial.

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Anthony Martial yang dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Chelsea telah pulang ke Perancis.

Jose Mourinho berkata, dia sama sekali tidak mempunyai masalah dengan Martial setelah pemain itu ‘hilang’ pada perlawanan antara United dan Stoke City, minggu lalu.

Penyerang Perancis itu yang telah diketepikan daripada skuad 18 pemain United tidak menyertai skuad ke Stoke tetapi dia memilih untuk pulang ke Paris.

Laporan menyebut pemain berusia 21 tahun itu kembali ke ibu negara Perancis itu dengan mengambil cuti satu hari.

“Kita tidak mempunyai banyak hari cuti, jadi mereka memerlukan rehat hujung minggu sekiranya mereka tidak dipilih.

“Saya memberikan pemain kebebasan memilih, jadi tidak ada masalah sama sekali dengan Anthony untuk pergi ke Paris” kata Mourinho. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast