Home Dunia Patung memperingati Puteri Diana di Istana Kensington

Patung memperingati Puteri Diana di Istana Kensington

Puteri Diana

LONDON – Putera William dan adiknya Putera Harry mentauliahkan pembinaan patung bagi memperingati ibunya, Puteri Diana yang mati dalam kemalangan jalan raya di Paris 20 tahun lalu di luar kediaman mereka di London.

Diana adalah isteri pertama Putera Charles yang meninggal dunia ketika limousin yang dinaiki bersama teman lelakinya, Dodi al-Fayed kemalangan di terowong Paris pada Ogos 1997.

Ketika kejadian William dan Harry masing-masing berumur 15 dan 12 tahun.

“Sudah 20 tahun usia kematian ibu kami dan masa yang tepat untuk mengiktiraf impak positifnya di United Kingdom dan serata dunia dengan patung kekal,” kata William dalam satu kenyataan.

Satu jawatankuasa sudah dibentuk bagi tujuan pembinaan patung itu dan ia akan dibiayai melalui dana swasta.

Patung itu akan ditempatkan di taman awam di Istana Kensington.

Kerja-kerja pembinaan patung itu akan bermula tidak lama lagi dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini, menurut kenyataan itu.

William mengumumkan awal bulan ini beliau akan berpindah ke Istana Kensington dengan isterinya Kate dan dua anaknya, George dan Charlotte, dari rumah sekarang di timur England apabila tugas beliau sebagai juruterbang ambulans udara selesai bagi memberi tumpuan kepada tugas diraja sepenuh masa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast