QATAR – Syarikat penerbangan Qatar Airways mengeluarkan kenyataan meminta para penumpang yang mahu ke Amerika Syarikat perlu mendapatkan visa diplomatik atau kelulusan daripada negara tersebut.
Kenyataan itu dibuat melalui laman sesawangnya.
Nasihat itu dikeluarkan susulan tindakan Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap warga tujuh buah negara iaitu Sudan, Libya, Somalia, Syria, Iran, Iraq dan Yaman. – MalaysiaGazette