Pemegang kad hijau Amerika Syarikat wajib melalui proses pengimbasan untuk pulang ke negara itu.Foto: Reuters

Pemegang Kad Hijau Amerika Syarikat (AS) akan diminta menjalani pengimbasan tambahan untuk pulang ke negara itu, kata White House.

Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Tanahair AS berkata, pemegang kad itu sebelum ini menjadikan mereka sebagai pemastautin tetap AS akan terlibat ekoran tindakan eksekutif yang dikuatkuasakan Presidennya, Donald Trump.

Dibawah tindakan baharu, individu dari tujuh negara majoriti umat Islam dilarang memasuki AS buat sementara waktu.

“Ia juga melarang pemegang kad hijau masuk semula seperti biasa,” kata Gillian Christensen sebagai Pemangku Jurucakap Jabatan Keselamatan Tanahair itu negara kuasa besar dunia itu.

Dalam pada itu, pegawai kanan White House berkata, pemegang kad hijau AS yang telah meninggalkan AS dan mahu pulang semula perlu melawat Kedutaan AS atau konsulat untuk menjalani proses pengimbasan.

“Kamu akan dibenarkan memasuki semula AS selepas pengimbasan itu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast