KANADA – Lima orang awam terbunuh dalam satu serangan oleh lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan di Masjid Quebec City semalam, lapor Reuters.
Kejadian dilaporkan berlaku semasa bersolat, kata presiden masjid, Mohamed Yangui.
Difahamkan, polis berjaya menahan dua suspek.
Terdahulu, saksi menberitahu tiga lelaki bersenjata melepaskan tembakan menuju 40 orang yang sedang berada di dalam Pusat Kebudayaan Islam Quebec City.
Polis telah mengaktifkan perimeter keselamatan sekitar masjid dan enggan menggulas mengenai serangan itu kepada pemberita.
“Kenapa ia berlaku di sini, ini bersifat Jahiliyyah,” kata Yangui.
Pada Jun 2016, kepala babi telah diletakkan di pintu masuk pusat kebudayaan itu.
Yangui yang tidak berada di dalam masjid semasa insiden menembak itu berkata, dia menerima panggilan dari individu semasa solat.
Dia tidak pasti jumlah mangsa tercedera sambil berkata kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital berhampiran bandar raya Quebec.
Insiden bersiri Islamophobia semakin meningkat di Quebec sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan debat politik dalam larangan niqab atau penutup muka yang digunakan warga Islam.
Pada tahun 2013, Polis memulakan siasatan terhadap sebuah masjid di rantau Saguenay di Quebec yang di simbah dengan darah babi.
Di wilayah sebelah, Ontario, sebaub masjid dibakar pada tahun 2015 sehari selepas serangan lelaki bersenjata dan pengebom bunuh diri di Paris.- MalaysiaGazette