Home Dunia Lelaki panjat kandang harimau maut diserang

Lelaki panjat kandang harimau maut diserang

NINGBO – Seorang lelaki mati di hospital selepas diserang seekor harimau di sebuah zoo di Zoo Ningbo Youngor.

Serangan itu berlaku pada pukul 2 petang semalam di Tiger Hill, di Dongqian Lake Tourist and Holiday Resort

Kejadian tersebut sedang disiasat.

Mangsa, dikenali dengan nama Zhang didakwa telah memanjat masuk ke dalam pagar untuk memasuki kandang harimau.

Zhang didakwa bertindak demikian kerana tidak membeli tiket.

Gambar-gambar ditempat kejadian menunjukkan Zhang terbaring di sebelah harimau dan menghembuskan nafas terakhir di hospital.

Harimau yang dipercayai menyerang Zhang telah ditembak mati oleh polis manakala tiga ekor lagi disuraikan dengan menggunakan mercun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast