Home Ekonomi Pelabur asing pembeli bersih bursa tempatan minggu lalu

Pelabur asing pembeli bersih bursa tempatan minggu lalu

KUALA LUMPUR – Dana asing adalah pembeli bersih di Bursa Malaysia pada minggu berakhir 27 Januari lalu dengan jumlah belian RM110.3 juta.

Jumlah itu mengimbangi sebahagian besar daripada aliran keluar RM143.0 juta yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, kata MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata, menjelang cuti Tahun Baru Cina, pelabur asing meningkatkan pendedahan kepada ekuiti Malaysia walaupun sederhana.

MIDF Research berkata, perdagangan asing adalah aktif pada Selasa lalu kerana nilai dagangan melebihi RM1 bilion buat kali pertama tahun ini, tetapi momentum itu hilang apabila pasaran meningkat menjelang hari Jumaat.

Pembelian besar-besaran oleh pelabur asing direkodkan pada hari Khamis dengan pembelian bersih naik kepada RM173 juta, kedua tertinggi pada tahun ini, kebetulan sama berlaku dalam beberapa pasaran di rantau ini, antaranya Korea Selatan dan Thailand.

“Apa yang penting adar penyertaan asing dalam pegangan pasaran tempatan adalah baik dengan purata nilai dagangan harian (ADTV) merosot hanya 2.3 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast