LONDON – Harapan Arsenal untuk merapatkan mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea tergugat apabila tewas 1-2 kepada Watford di laman sendiri semalam.

Gol awal Younes Kaboul dan Troy Deeney pada awal separuh masa pertama sudah cukup untuk membenam skuad Arsene Wenger.

Gol pertama Watford dijaringkan Kaboul pada minit ke-10 manakala dan pintu gol Arsenal dirobek sekali lagi tiga minit kemudian menerusi Deeney.

Pemain muda, Alex Iwobi menjaringkan gol pada minit ke-58 bagi membolehkan the Gunners merapatkan jurang.

Kali terakhir Watford menewaskan the Gunners adalah pada tahun 1988. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast