SINGAPURA – Harga minyak dunia turun berikutan peningakatan bekalan, meskipun OPEC telah menurunkan pengeluaran.
Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$55.48 setong, jatuh sebanyak AS$0.10 daripada harga penutup.
West Texas Intermediate pula turun sebanyak AS$0.08 kepada AS$52.73 setong.
OPEC berkata, ia akan menurunkan pengeluaran sekitar 1.2 juta tong sehari pada separuh pertama 2017 bagi mengurangkan lebihan bekalan.
Rusia pula telah memotong bekalan minyak sehingga 600,000 tong sehari.
Tinjauan Reuters menunjukkan pengeluaran minyak OPEC merosot lebih sejuta tong sehari pada bulan lalu kepada 32.27 juta tong sehari antara bulan Disember dan Januari.
“Ia adalah permulaan yang baik untuk memastikan bekalan minyak seimbang,” kata Greg McKenna, Ketua Strategi Pemasaran di firma broker AxiTrader.
Bagaimanapun, katanya, masih terdapat persoalan sama ada bukan OPEC berjaya mencapai matlamat itu. – MalaysiaGazette