Home Utama Perubatan percuma di kelas tiga hospital kerajaan kekal

Perubatan percuma di kelas tiga hospital kerajaan kekal

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan memberi jaminan pesakit wad kelas tiga di hospital-hospital kerajaan akan terus menikmati perubatan percuma walaupun Kabinet memutuskan untuk mengkaji semula caj perkhidmatan kelas satu dan dua.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kajian caj itu dibuat kerana ia tidak pernah disemak untuk jangka masa yang lama.

“Kerajaan tidak akan memansuhkan tanggungjawabnya kepada orang miskin dan orang-orang yang berpendapatan rendah.

“Mereka akan terus menerima tahap penjagaan yang tinggi seperti mana yang mereka terima sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast