Home Nasional Caj rawatan gigi baru kos asas semasa 2017 – KKM

Caj rawatan gigi baru kos asas semasa 2017 – KKM

KUALA LUMPUR – Kos rawatan pergigian yang baru dikemaskini oleh kerajaan menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun kerajaan terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian).

“KKM memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.

“Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette