Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Terengganu menangguhkan semua program melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman ke tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Menurut kenyataan dari Pejabat Menteri Besar (PMB), Ahmad Razif telah ditimpa kemalangan yang memerlukan pengawasan doktor sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam seterusnya.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan nama hospital yang merawat Menteri Besar itu.

Ahmad Razif dikatakan terjatuh daripada kuda yang ditunggangnya ketika mengikuti latihan di Pusat Ekuestrian di Kuala Lumpur pukul 10.30 pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast