CHONGQING – Seorang remaja maut selepas permainan buaian berpusing yang dinaiki tidak berfungsi dengan betul menyebabkan dia tercampak ke bawah di taman hiburan di Fengdu County.
Ketika kejadian remaja itu sedang berada di kawasan permainan A Journey In Space di Zhaohua Park.
Rakaman video menunjukkan dia tercampak selepas tempat duduk permainan itu turun naik.
Kejadian itu menyebabkan orang ramai menjerit.
Percubaan untuk menyelamatkan mangsa menggunakan bantuan pernafasan tidak berjaya.
Beliau kemudian dibawa ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba.
Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kejadian itu.
Zhaohua Park, yang meliputi kawasan seluas 29 ekar, adalah destinasi popular bagi penduduk tempatan dan menawarkan beberapa permainan tunggangan. – MalaysiaGazette