Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berkunjung ke Kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves pada hari Khamis ini sempena sambutan Thaipusam.

Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Tan Sri R. Nadarajah berkata, buat kali pertama para pengunjung ke Batu Caves sekitar 1.6 juta orang bakal mendapat kemunculan Ahmad Zahid.

“Sebelum ini dua TPM kita, Tun Musa Hitam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah hadir ke Thaipusam.

“Kali ini kami bangga Ahmad Zahid pula akan datang sempena Thaipusam sebagai tetamu khas buat kali pertama.

“Beliau akan berucap di hadapan jutaan pengunjung dan menyaksikan kemeriahan sambutan Thaipusam di Batu Caves kali ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir kerana ada urusan di Sarawak pada tarikh yang sama.

Selain itu, Duta Khas Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir turut dijemput manakala Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan beberapa pemimpin negara juga akan turut mengiringi tetamu khas ke Batu Caves.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast