BARCELONA – Satu slot perlawanan akhir Copa del Rey menjadi milik Barcelona selepas menang dengan agregat 3-2 ke atas Atletico Madrid.

Tuanrumah mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi.

Luis Suarez meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-43 sebelum Kevin Gameiro menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum wisel penamat.

Perlawanan itu juga penuh dengan drama apabila tiga kad merah dilayangkan iaitu dua kepada pemain Barcelona iaitu Sergi Roberto dan Suarez sementara Atletico kehilangan Yannick Ferreira-Carrasco.

Barca, yang berstatus juara bertahan, akan berdepan Celta Vigo atau Alaves di babak final.

Dalam perlawanan pertama, Celta dan Alaves mencatat keputusan seri 0-0. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast