Home Ekonomi Eksport negara diunjur berkembang 2-3% tahun ini

Eksport negara diunjur berkembang 2-3% tahun ini

KUALA LUMPUR – Eksport negara dijangka berkembang antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jumlah dagangan negara pula diramal tumbuh 2.7 peratus dan import pula naik 2.0 peratus.

Malaysia merekodkan kenaikan sebanyak 1.5 peratus dalam dagangan pada tahun lalu kepada RM1.85 trilion.

Prestasi eksport pada tahun lalu berkembang 1.1 peratus kepada RM755.93 bilion dipacu oleh produk elektrik dan elektronik yang naik kepada RM287.72 bilion.

Sementara, import juga merekodkan kenaikan 1.9 peratus kepada RM1.14 bilion.

Mustapa berkata, MITI tidak berpuas hati dengan prestasi itu kerana eksport negara pada tahun lalu diunjur berkembang sehingga 2.0 peratus.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, Malaysia masih belum memutuskan sebarang tindakan berhubung Perjanjian Perkongsian Perjanjian Trans-Pasifik.

“Kita masih berunding dengan ahli-ahli lain,” katanya. – MalaysiaGazette