Lim Guan Eng

Kelakar pula apabila kita menyaksikan taktik politik terbaru parti cauvinis DAP yang cuba menuding jari memburuk-burukkan lawan politik mereka.

Seorang ahli politik daripada negeri Melaka yang bertanding di DUN Pulau Pinang dan mengambil jawatan Ketua Menteri negeri, kini mahu melancarkan gerakan atau kempen ‘Saya sayang Pulau Pinang’!

Inilah yang berlaku sekarang di Pulau Pinang dengan tanpa rasa malu walau sedikit pun. Perkara ini juga dibangkitkan oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang, DS Zainal Abidin Osman,

“Semangat sayang kepada negeri tak perlu diajar orang dari Melaka.

“Beliau datang sini demi kerja, tapi kami yang berasal dari Pulau Pinang mahu yang terbaik untuk negeri ini,” katanya yang merujuk kepada Guan Eng DAP.

Lebih memualkan ialah permainan kotor parti cauvinis DAP yang seterusnya. Yang sebenarnya, ‘Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan’ hanyalah sekadar satu idea sahaja daripada Tengku Adnan sendiri sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Dan ianya tidaklah mudah seperti yang diperjelaskan oleh beliau kerana perkara itu memerlukan kertas cadangan serta persetujuan di peringkat kepimpinan negara. Malah, beliau dan rakyat semua tahu bahawa idea yang berbangkit ini sukar akan berlaku kerana BN tidak mempunyai 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat.

DAP tahu bahawa ianya hanya sekadar idea oleh Tengku Adnan seorang. Tetapi mereka tidak peduli malah mengambil kesempatan dengan menuding jari menyalahkan parti Barisan Nasional keseluruhannya, satu taktik jahat dan lumrah parti DAP yang konsep politiknya merekacipta perasaan kebencian yang melampau terhadap lawan politiknya.

Sebenarnya rakyat tahu taktik DAP ini adalah untuk menutup segala permasalahan dan betapa teruknya korupsi, kuku besi dan kronisme di dalam parti itu. Guan Eng sendiri berdepan dengan kes rasuah yang amat memalukan.

Begitu juga dengan pelbagai isu besar di Pulau Pinang yang cuba ditutup oleh DAP dengan menuding pihak lain. Baca : http://novandri.blogspot.com/2017/02/kerajaan-dap-kurang-ajar-perlekehkan.html

Persoalannya, apakah DAP sayang kepada rakyat Pulau Pinang apabila parti cauvinis itu melantik orang Melaka memegang jawatan Ketua Menteri negeri?

Apakah DAP sayang kepada rakyat Pulau Pinang apabila mereka melantik Saifuddin Nasution, daripada Machang, Kelantan dilantik sebagai penasihat KM negeri Pulau Pinang?

Apakah DAP sayang kepada rakyat Pulau Pinang jika Parlimen DAP Seremban Anthony Loke dilantik sebagai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera, GLC kerajaan negeri?

Apakah DAP sayang kepada rakyat Pulau Pinang jika Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dilantik sebagai Pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, GLC kerajaan negeri?

Berapa pula jumlah sebenar Exco negeri kerajaan DAP yang dilahirkan di Pulau Pinang?

Nampak sangat yang parti cauvinis DAP cuba mengeksploitasikan isu ini dan juga memperbodoh-bodohkan rakyat Pulau Pinang dengan kempen ‘sayang Pulau Pinang’ kerana mereka sendiri menganaktirikan atau memperlekehkan rakan-rakan politik mereka sendiri yang berasal dari Pulau Pinang dengan melantik orang luar.

Apakah begitu teruk dan tiada nilainya ahli-ahli politik DAP-PKR-PAN negeri Pulau Pinang sehinggakan mereka tidak layak untuk memegang jawatan-jawatan di atas?

Realitinya, ahli-ahli politik DAP-PKR-PAN negeri Pulau Pinang bukan sahaja tiada nilai tetapi hak mereka untuk menjawat jawatan-jawatan penting juga entah kemana jadinya.

Tetapi DAP-PKR-PAN negeri Pulau Pinang tidak bersuara walau sepatah pun untuk mengambil balik hak mereka itu. Malah mereka ini juga yang akan memperbodoh-bodohkan diri dengan turut serta kempen ‘saya sokong Pulau Pinang’ yang lebih tepat dipanggil ‘saya sokong orang luar tadbir Pulau Pinang’!

Kita tunggu dan senaraikan ahli-ahli politik DAP-PKR-PAN negeri Pulau Pinang yang layak dipanggil keldai tunggangan tokong DAP ini!

Kita juga berharap agar rakyat tidak sesekali terpedaya dengan tipu daya parti DAP ini kerana parti cauvinis ini berkemungkinan akan membesar-besarkan lagi isu ini, bukannya kerana ‘sayang Pulau Pinang’ tetapi survival politik pemimpin DAP itu.

Dan jika benar-benar sayangkan Pulau Pinang, Ketua Menteri sepatutnya orang negeri Pulau Pinang. Jika perkara ini tidak boleh dilaksanakan, janganlah memalukan diri sendiri dengan kempen ‘saya sayang Pulau Pinang’. Rakyat akan ketawa! – Dr MIM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast