Home Dunia Qatar belanja AS$500j seminggu untuk Piala Dunia 2022

Qatar belanja AS$500j seminggu untuk Piala Dunia 2022

Dua pertiga daripada projek infrastruktur Piala Dunia dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

DOHA – Qatar membelanjakan hampir AS$500 juta seminggu bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur utama sebagai persediaan menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 2022.

Menteri Kewangannya, Ali al-Emadi berkata, perbelanjaan itu dijangka berterusan selama tiga hingga empat tahun bagi pembinaan stadium, lebuh raya, laluan kereta api dan hospital baru.

Qatar dijangka membelanjakan lebih daripada AS$200 bilion untuk negara itu menjelang Piala Dunia nanti.

Beliau bagaimanapun menafikan projek-projek itu akan menjadikan Piala Dunia 2022 sebagai acara paling mahal sepanjang penganjurannya.

Brazil dilaporkan membelanjakan AS$11 bilion untuk menjadi penganjur, manakala Rusia meningkatkan perbelanjaan sebanyak AS$321 juta kepada AS$10.7 juta bagi menganjurkan Piala Dunia pada tahun depan.

Emadi memberitahu, Qatar telah menganugerahkan 90 peratus kontrak bagi projek 2022 dan dua pertiga daripada projek-projek itu akan diselesaikan dalam tempoh 24 bulan.

“Kami memberi peluang untuk siap pada waktunya. Kami tidak mahu masih melakukan kerja-kerja mengecat ketika orang ramai mula membanjiri negara ini. – MalaysiaGazette