Home Dunia Beratus-ratus ikan lumba-lumba terdampar di pantai

Beratus-ratus ikan lumba-lumba terdampar di pantai

Sebahagian ikan lumba-lumba yang terdampar di Farewell Spit, New Zealand. Foto Reuters

NEW ZEALAND – Sukarelawan di New Zealand sedang menyelamat lebih 400 ekor ikan paus yang terdampar di Farewell Spit, di Pulau Selatan selepas kira-kira 300 ekor ikan lumba-lumba didapati mati.

Setakat ini, kumpulan saintis tidak tahu punca ikan tersebut terdampar di pantai tersebut. Namun tidak menolak kemungkinan ikan lumba-lumba itu sudah tua, sakit atau cedera.

Kemungkinan juga berlaku kesilapan pelayaran terutamanya di sepanjang pantai landai yang lembut.

Beratus-ratus penduduk tempatan dan pegawai pemuliharaan telah cuba untuk menyelamatkan ikan lumba-lumba itu sejak Jumaat lalu dengan mengapungkan semula hidupan itu.

Jabatan pemuliharaan berkata, ia telah menerima laporan tentang kejadian itu pada malam Khamis, tetapi tidak melancarkan operasi menyelamat sehingga pagi Jumaat kerana ia adalah terlalu berbahaya untuk cuba menyelamat dalam gelap, lapor New Zealand Herald.

Andrew Lamason, pengurus serantau jabatan itu berkata, jumlah ikan paus yang terdampar itu adalah terbesar yang pernah berlaku di New Zealand.

Menurutnya, ikan-ikan paus yang masih hidup dipastikan dalam keadaan sejuk, tenang dan selesa oleh pasukan perubatan.

Beberapa ikan paus yang dibawa semula ke pantai, berenang balik ke darat dan usaha dilakukan untuk membawa ikan-ikan itu ke laut dalam, menurut sukarelawan Ana Wiles. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast